Progam Lepasan PMR.

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya para pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Sains Rembau telah selesai menjawab soalan Penilaian Menengah Rendah pada 10 Oktober yang lepas.Semoga mereka semua mendapat 8A dalam PMR 2011.Kami, warga SEMESRA mendoakan kejayaan mereka semua.Amin!Pada 12 Oktober 2011, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SEMESRA telah mengadakan satu taklimat berkenaan Program Lepasan PMR.


Ketekunan pelajar-pelajar tingkatan 3 mendengar taklimat mengenai Program Lepasan PMR 2011.




Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang telah berjaya menjadi Johan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sembilan 2011 yang berlangsung di Allson Klana Resort Seremban dari 18 - 19 Oktober 2011.

Untuk Konvensyen ini, pasukan sekolah telah memperkenalkan satu produk baru yang diberi nama Jem Minda Khaireen. Ia merupakan jem hasil campuran kurma, madu dan kismis hitam. Jem ini mempunyai pelbagai khasiat dan baik untuk para pelajar terutamanya dalam membantu menguatkan daya ingatan mereka.

Pembentangan produk menarik ini telah membolehkan pasukan sekolah SEMESRA berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM2, 000, notebook, piala beserta sijil. Kemenangan ini juga telah melayakkan pasukan sekolah untuk ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Tahniah diucapkan sekali lagi buat pasukan sekolah. Semoga terus dapat melakar kejayaan cemerlang di peringkat Kebangsaan nanti.


Sambutan Hari Ulang Tahun Bonda

Satu majlis ringkas telah diadakan pada pagi ini bagi menyambut hari kelahiran Pengetua Kanan SEMESRA, Puan Hjh Norzila bt Hj Idris. Majlis ini telah diadakan semasa perhimpunan pagi di Dataran Perhimpunan.

Selepas bacaan doa, Puan Pengetua dengan diiringi oleh Penolong Kanan Hj Baharudin bin Husin telah dijemput untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik majlis sambutan ini. Seluruh warga sekolah telah sama-sama menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Bonda' semasa upacara ini berlangsung.


Upacara memotong pulut kuning
Seterusnya, telah diadakan sedikit upacara penyampaian hadiah bagi memperingati hari ulang tahun Bonda Hjh Norzila bt. Hj Idris.
Saudari Izzati menyampaikan hadiah bagi pihak pelajar SEMESRA

Ustaz Haikal sebagai wakil kakitangan akademik dan bukan akademik sekolah

Penolong Kanan, Hj Baharudin sebagai wakil pengurusan

Di dalam ucapan beliau, Puan Pengetua melahirkan rasa terharu atas ingatan para pelajar dan guru dan seterusnya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ingatan ini.

Selamat Hari Ulang Tahun diucapkan kepada Pengetua Kanan SEMESRA Puan Hjh Norzila bt. Hj Idris. Semoga dirahmati Allah dan dibukakan pintu-pintu rezeki hendaknya. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...